PS647: PALET IKAN DUCKZOLLA

ANGGUN HUMAYRA BINTI NORHAZMULLAH HANIF SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TIRAM

IIMOS26 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 4 times | LS: 4.0
Like it? | Support them now!

Projek inovasi ini mengkaji dan menghasilkan penggunaan dua tumbuhan akuatik tempatan iaitu Azolla  pinnata  dan  Duckweed (Lemnaceae) sebagai  sumber  bahan makanan ikan yang mampan serta agen kawalan biologi terhadap rumpai air yang sering tumbuh di dalam sistem pengairan dan kebolehupayaan tumbuhan ini membantu dalam mengurangkan  kos  pengurusan  sistem  saliran  dan perparitan  oleh  pihak  berkuasa tempatan.  Dengan  memanfaatkan  bahan-bahan  sampingan  pertanian  seperti  hampas soya, hampas kelapa , minyak masak terpakai, tepung ubi kayu dan beras hancur, projek ini  menghasilkan  satu  formulasi  pelet  yang  menjanjikan  kandungan  nutrien  mencukupi untuk  spesies  ikan  air  tawar  seperti  tilapia  dan  keli,  sambil  mengurangkan kebergantungan  kepada palet  ikan  kormesial.  Kajian  merangkumi  protokol  pembiakan dan pemprosesan Azolla dan Duckweed, formulasi palet, ujian pemberian makanan untuk menilai kadar pertumbuhan (SGR), kecekapan penggunaan makanan (FCR) dan kadar survival ikan, serta analisis kos untuk menilai potensi penjimatan bagi penternak dan pihak berkuasa tempatan. Hasil awal menunjukkan bahawa palet yang telah diinovasi ini dapat mengurangkan kos pengeluaran makanan ikan sehingga 40–60% tanpa memberi kesan negatif  yang  signifikan  terhadap  prestasi  pertumbuhan  ikan,  di  samping  menyumbang kepada pengurangan masalah rumpai air yang tumbuh liar melalui pertumbuhan Azolla dan Duckweed yang menutup  permukaan air dan pengambilan nutrien  oleh kedua-dua tumbuhan  ini.  Projek  ini  memberikan  cadangan  pelaksanaan berskala  komuniti  yang boleh  meningkatkan pertumbuhan ekonomi  penternak  kecil  dan  menyokong  agenda kelestarian sumber perairan tempatan.