SS433: PENGESAN AWAL KEBAKARAN (PAK)

AUNI BINTI MOHD TERMIZI SMK SUNGAI LAYAR

IIMOS26 | Secondary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 3 times | LS: 3.0
Like it? | Support them now!

Pengesan Awal Kebakaran (PAK) merupakan inovasi berasaskan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) yang dibangunkan untuk meningkatkan keselamatan melalui pengesanan awal kebakaran. Sistem ini menggunakan sensor asap dan sensor suhu yang disambungkan kepada mikropengawal bagi mengesan perubahan persekitaran secara automatik. Apabila bacaan melebihi tahap yang ditetapkan, buzzer dan lampu amaran akan diaktifkan untuk memberi peringatan awal kepada pengguna. Inovasi ini sesuai digunakan di bengkel dan makmal sekolah, stor, bilik darjah dan premis kecil sebagai langkah pencegahan awal. PAK bukan sahaja membantu mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda, malah menjadi medium pembelajaran STEM yang mengaplikasikan teknologi dalam menyelesaikan masalah sebenar.