DHIYA IMANINA BINTI ZAHARI SMK GOMBAK SETIA
Projek inovasi Integrated Transportation System dibangunkan bagi memperkenalkan sistem pengangkutan darat, laut dan udara melalui model 3D yang interaktif. Inovasi ini bertujuan meningkatkan kefahaman tentang fungsi serta kelebihan setiap jenis pengangkutan dari segi kelajuan, kapasiti dan jarak. Model ini menampilkan gabungan jalan raya, kawasan laut dan ruang udara menggunakan bahan kreatif seperti miniatur kenderaan dan kapas sebagai awan bagi menghasilkan paparan yang menarik. Diharapkan inovasi ini dapat dijadikan bahan bantu mengajar, meningkatkan minat pelajar terhadap topik pengangkutan serta memberi manfaat kepada masyarakat.