PS500: KIT PENYU

CHAN YI FUNG SJKC JERIK 26400 BANDAR JENGKA PAHANG

1.     Tajuk Inovasi

 

Kit Penyu

 

2.     Sinopsis Inovasi

 

2.1   Kit Penyu merupakan sesuatu bahan membantu murid-murid menguasai ilmu pengetahuan dalam topik haiwan terancam mengikut Buku Teks Sains Tahun 6.

 

2.2   Tujuan kit ini dihasilkan untuk murid mengenalpasti contoh haiwan yang mengalami kepupusan di Malaysia

 

2.3   Mendidik masyarakat mengenai kepentingan melindungi haiwan daripada ancaman kepupusan.

  

2.4   Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi adalah kepingan papan telur.

 

3.     Objektif Inovasi

 

Kit ini dihasilkan dengan objektif berikut:

 

(a)   Mengenalpasti haiwan terancam kepada murid-murid secara projek mudah

 

4.     Kumpulan Sasaran

 

(a)   Semua murid-murid tahun 3 hingga 6. Responden yang terlibat adalah murid-murid dari  Kelab STEM yang salah mengelas haiwan terancam dan haiwan pupus

 

5.     Latar belakang (penjelasan tentang proses penghasilan inovasi mengikut kronologi)

 

5.1   Berdasarkan pemerhatian di dalam kelas dan pentaksiran semasa PdPc menunjukkan bahawa murid-murid tahun 6T menghadapi masalah dalam mengelas haiwan terancam.

 

5.2   Oleh itu, kami sebagai guru Sains mencari idea dan cara efektif untuk responden bagi menyelesaikan masalah dalam topik ini dengan membantu murid-murid menggunakan cara yang paling mudah untuk menguasai topik tersebut secara didik hibur. Daripada isu-isu ini, kami membimbing murid-murid mengambil inisiatif menghasilkan sesuatu inovasi iaitu Kit Penyu.