PS734: GUMMY OREGANO

NUSAYBAH BINTI IKMAL SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT

IIMOS26 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 10 Views | 5 times | LS: 5.0
Like it? | Support them now!

Oregano gummies adalah hasil daripada ekstrak daun Cuban Oregano/Mexican Mint/Bangun-bangun/Lemuju yang sering digunakan dalam perubatan tradisional Melayu dan juga Ayurvedic. Nama sainstifik tumbuhan ini ialah Plectranthus Amboinensis. Ianya mempunyai aroma yang sangat kuat (tengik) dan sangat bermanfaat dalam merawat batuk berkahak. Kebiasaannya, daun oregano direbus dan diambil seperti minuman teh suam ataupun bendalir daripada daun diperah lalu terus dimakan bagi melegakan batuk dan kahak. Walau bagaimanapun, kedua-dua keadaan tersebut sangat kurang digemari kanak-kanak. Dengan menggunakan gelatin tumbuhan (halal), selain ditambah dengan sedikit gula merah sebagai perasa, ianya diharap memudahkan pengambilan oregano oleh kanak-kanak. Selain itu, oregano gummies ini juga boleh digunakan sebagai rawatan alternatif herba yang lebih selamat tanpa cairan kimia