NORDARWISH PUTRA BIN NORJAMAL MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR SABAK BERNAM
Peta dan peristiwa merupakan gambaran perjalanan sebuah sejarah. Mata pelajaran Sejarah yang memerlukan pelajar memahami urutan peristiwa dan mengingat kronologi peristiwa sejarah melalui peta. CHRODIOMAP ialah inovasi peta sejarah berbentuk diorama 3D yang berinfo grafik dan di lengkapi dengan elimen audio visual. CHRODIOMAP menggunakan kaedah simulasi yang membawa pelajar seperti berada di dalam dunia sebenar. CHRODIOMAP bermula dengan versi peta Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu yang merupakan sub-topik bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan empat. Tujuan inovasi ini dihasilkan untuk meningkatkan kemahiran pelajar memahami peta dan menghafaz kronologi peristiwa dengan mudah dan cepat serta menjiwai situasi perjuangan kemerdekaan. Kajian telah dilaksanakan terhadap 20 orang pelajar 4 Nawawi di MITSSB. Dapatan kajian menunjukkan, dengan menggunakan CHRODIOMAP, pelajar memperolehi 100% markah berbanding sebelum ini hanya 44% sahaja.
Kata Kunci: CHRODIOMAP, Sejarah, Tanah Melayu