PS617: ROUNDING RULES ON THE ROAD

MUHAMMAD BIN HISYAM SK KAMPUNG MUHIBAH

IIMOS26 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 3 times | LS: 3.0
Like it? | Support them now!

Kajian penyelidikan dalam PdPc yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan teknik Rounding Rules On The Road untuk memantapkan lagi pemahaman murid dalam topik pembundaran nombor dalam matapelajaran Matematik Tahun 4. Teknik pendekatan belajar menggunakan teknik ini dapat membantu murid-murid SK Kampung Muhibah memahami topik pembundaran nombor dengan mudah dan cepat. Kajian berbentuk ini menggunakan pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Seramai 20 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibah dipilih sebagai sampel kajian. Hasil tinjauan awal mendapati murid masih lemah dan keliru dalam pemahaman topik pembundaran nombor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik ini mendorong murid menjadi aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, tidak keliru mengenai konsep pembundaran nombor malah menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan, mencapai objektif pembelajaran secara mudah, dapat menguasai topik pembelajaran dan memperoleh skor yang baik dalam ujian. Ia juga dapat meningkatkan kualiti pembelajaran murid  di dalam bilik darjah.