FATKHIYAH BINTI MOHD RIDLUWAN SMK GOMBAK SETIA
Nama Murid:
1. Fatkhiyah Binti Mohd Ridluwan
2. Aulia Kaisara Binti Wasir
3. Dhia Qistina Ayumi Binti Ahmad Shuhailee
4. Nur Aisyah Umairah Binti Mohd Izwanie
5. Nur Dhiya Danisha Binti Ahmad Zulhilmi
Nama Projek: Haemolink
Tarikh: 11 Jun 2026
Pembelajaran topik pembekuan darah dalam Biologi Tingkatan 4 sering kali menjadi
cabaran bagi pelajar kerana konsepnya yang kompleks dan melibatkan banyak proses biokimia
yang sukar difahami. Ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami bagaimana
platelet, fibrin dan beberapa faktor pembekuan bekerjasama dalam proses tersebut. Keadaan
ini boleh menyebabkan pelajar mudah keliru, hilang minat untuk belajar dan seterusnya
menjejaskan prestasi mereka dalam ujian atau peperiksaan. Jika masalah ini tidak ditangani
dengan baik melalui penerangan yang jelas, pelajar mungkin akan terus menghadapi kesukaran
memahami topik berkaitan mekanisme pembekuan darah serta gagal menguasai konsep
penting yang diperlukan untuk pembelajaran di tahap yang lebih tinggi di masa akan datang.
Bagi mengatasi masalah tersebut, satu permainan papan bertemakan pembekuan darah telah
dibangunkan sebagai bahan bantu pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.
Permainan ini direka berdasarkan konsep proses pembekuan darah seperti pengaktifan platelet,
pembentukan fibrin dan pembentukan bekuan darah. Melalui aktiviti bermain, pelajar dapat
mempelajari setiap peringkat mekanisme pembekuan darah secara lebih mudah dan sistematik.
Selain itu, pendekatan pembelajaran berasaskan permainan ini dapat meningkatkan minat,
penglibatan dan pemahaman pelajar terhadap topik tersebut. Sistem ini menggunakan papan
permainan, dua set kad nasib pemain dan satu set kad misi. Sepanjang permainan, pemain perlu
bergerak di atas papan permainan dan menjawab soalan berkaitan proses pembekuan darah
serta konsep Biologi yang berkaitan untuk mendapatkan kad misi. Aktiviti ini membantu
pemain memahami urutan proses pembekuan darah dan istilah penting dalam topik tersebut.
Pemain dikehendaki mengumpul satu set kad misi yang lengkap berkaitan proses pembekuan
darah untuk menamatkan permainan.
Permainan ini memberi kelebihan kepada pelajar kerana dapat membantu mereka
memahami konsep pembekuan darah dalam Biologi dengan cara yang lebih menarik dan
interaktif. Melalui aktiviti menjawab soalan dan mengumpul kad misi, pelajar dapat
mengukuhkan pemahaman terhadap proses serta istilah penting yang berkaitan dengan topik
tersebut. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan minat, motivasi dan penglibatan
aktif pelajar semasa pembelajaran. Secara keseluruhannya, pelajar dapat mengingati maklumat
dengan lebih mudah, meningkatkan tahap pemahaman serta membantu meningkatkan prestasi
mereka dalam pembelajaran Biologi.