SS691: ECOWARM PEK PEMANAS

NAEILY NUR THANIA BINTI AMIR SMK SUNGAI LAYAR

Projek ini menghasilkan pek pemanas yang menggunakan bahan kitar semula sebagai alternatif kepada produk sedia ada. Tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan pek pemanas yang mudah digunakan, selamat, mesra alam dan mampu milik. Produk ini dapat membantu melegakan sakit otot, senggugut, kekejangan serta memanaskan badan ketika cuaca sejuk. Proses pembinaan melibatkan perancangan, lakaran, pemilihan bahan, pemasangan dan pengujian produk bagi memastikan keberkesanannya. Hasil pengujian menunjukkan pek pemanas berfungsi dengan baik serta mudah digunakan oleh pelbagai golongan pengguna. Projek ini juga mempunyai potensi untuk dikomersialkan kerana kos penghasilannya rendah, praktikal, berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna.