NUR AIRIS AMANI BINTI MOHD. FAIZIE SMKA(P) ALAWIYAH, KANGAR, PERLIS
Projek Automatic Brush Cleaner (ABC) merupakan satu inovasi yang direka untuk memudahkan proses mencuci berus lukisan secara automatik. Inovasi ini dihasilkan bagi mengatasi masalah proses pembersihan berus yang mengambil masa, menggunakan banyak air dan kurang berkesan apabila dilakukan secara manual. Mesin ini menggunakan sistem putaran serta aliran air untuk membersihkan sisa cat dengan lebih cepat dan efisien. Selain menjimatkan masa dan tenaga, ABC juga membantu memanjangkan jangka hayat berus serta menggalakkan amalan kebersihan selepas aktiviti Pendidikan Seni Visual. Projek ini sesuai digunakan di sekolah, pusat seni dan institusi pendidikan kerana mudah dikendalikan, selamat digunakan serta berpotensi untuk dikomersialkan pada masa hadapan.