PS317: POSTER HAIWAN AI

LIAU CHEN KHAI SJK(C) JERIK

Kajian inovasi yang dijalankan ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan penggunaan Poster Haiwan Ai untuk mengetahui info sesuatu haiwan secara terperinci. Kajian berbentuk ini menggunakan pemerhatian. Hasil tinjauan awal mendapati seramai 20 orang murid kurang berinformasi mengenai pelbagai haiwan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid sukar untuk menceritakan mengenai haiwan dalam kelas Sains. Oleh itu, dengan bimbingan dan bantuan poster ini murid dapat memahami kehidupan haiwan. Hasil tinjauan akhir menunjukkan bahawa murid itu dapat menghasilkan banyak poster haiwan menerusi Chatgpt dan Gemini AI. Murid membuat poster menggunakan AI menjadi pilihan popular kerana ia menjimatkan masa, menjimatkan kos, dan tidak memerlukan kemahiran reka bentuk grafik yang professional dan menjana rekaan berkualiti tinggi dengan memasukkan teks arahan (prompt).