SS592: EASY PLEATED MARKER

ARISSA WARDANI BINTI ZAIRULSHAM KOLEJ VOKASIONAL DATO' UNDANG HG MUHAMAD SHARIP

Easy Pleated Maker merupakan alat yang digunakan untuk menghasilkan lisu pada pakaian. Dengan hanya menggunakan satu set Easy Pleated Maker ini dapat menghasilkan pelbagai jenis lisu mengikut stail pakaian yang dikehendaki pelanggan. Produk Easy Pleated Marker ini merupakan alat yang telah diinovasikan agar pengguna boleh menghasilkan pelbagai jenis lisu seperti lisu beriring, lisu terbalik dan lisu setentang. Sasaran kajian ini dijalankan kepada pelajar SVM Semester 2 SRF 2025. Pelajar mengalami kesukaran untuk menghasilkan lipatan lisu yang seragam dan kemas. Teknik sedia ada melambatkan proses menghasilkan lisu setentang dan lisu terbalik. Teknik sedia ada menyebabkan saiz lipatan lisu tidak sama lebar dan tidak kemas. Easy Pleated Marker ini dapat menjimatkan masa menghasilkan lisu setentang dan lisu beriring. Selain itu, dapat menghasilkan saiz lebar lisu yang sama rata dan kemas. Instrumen kajian ini menggunakan kaedah borang soal selidik untuk menilai persepsi responden. Easy Pleated Maker ini datang dengan dua jenis lipatan lisu. Lisu setentang dan lisu beriring ia memudahkan proses penghasilan lisu setentang dan lisu seiring pada pakaian. Selain itu, mempunyai dua warna yang sesuai untuk semua warna fabrik iaitu hitam dan putih dan boleh menghasilkan lebar lisu yang sama rata.  Selain itu, markah kompetensi untuk menjahit pakaian yang mempunyai ciri stail berlisu juga semakin meningkat kerana hasil jahitan lisu lebih kemas dan berkualiti untuk dinilai oleh pentaksir. Penambahbaikan yang dapat dilaksanakan pada inovasi ini ialah menggunakan material yang lebih kukuh untuk menghasilkan Easy Pleated Marker. Secara keseluruhanya, produk inovasi ini sangat membantu pelajar meghasilkan ciri stail lisu yang kemas dengan bantuan alat ini. Oleh itu kekemasan dan kepantasan semasa menghasilkan lisu amat penting bagi menghasilkan pakaian yang lebih kemas dan berkualiti.