DANIA INSYIRAH BINTI EDHAM KHALID SMK GOMBAK SETIA
Kaedah pembelajaran Sains yang kurang interaktif sering berlaku di dalam bilik darjah dan semasa ulang kaji kendiri. Keadaan ini menyebabkan murid cepat berasa bosan, kurang berminat untuk mengulang kaji serta sukar menguasai fakta dan konsep Sains. Sekiranya tidak ditangani, ia boleh mengakibatkan pencapaian akademik menurun dan minat terhadap mata pelajaran Sains semakin berkurangan. Bagi mengatasi masalah tersebut, projek Galaxy Quest: Beyond the Stars dibangunkan. Projek ini berfungsi untuk menjadikan proses pembelajaran dan ulang kaji Sains lebih menyeronokkan melalui pendekatan gamifikasi dalam bentuk laman web interaktif. Sistem ini menggunakan laman web interaktif yang mengandungi misi, kuiz dan cabaran untuk mengesan tahap penguasaan murid terhadap topik Sains Tingkatan 2. Apabila murid berjaya menjawab soalan dengan betul, sistem akan memberikan ganjaran dan membolehkan mereka meneruskan pengembaraan ke peringkat seterusnya. Mekanisme gamifikasi digunakan untuk memastikan murid kekal bermotivasi, aktif dan seronok sepanjang proses pembelajaran. Projek ini mempunyai kelebihan seperti meningkatkan minat, motivasi dan penglibatan murid dalam pembelajaran Sains melalui pengalaman pembelajaran yang interaktif. Selain itu, ia juga membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran serta membolehkan murid mengakses bahan pembelajaran pada bila-bila masa menggunakan telefon pintar, tablet atau komputer. Secara keseluruhannya, inovasi ini dapat meningkatkan penguasaan konsep, mengukuhkan daya ingatan serta menyumbang kepada peningkatan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains.