PS103: MENINGKATKAN PEMAHAMAN MURID TENTANG PROSES PELUPUSAN AL-QURAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUN RAZAK MENGGUNAKAN INOVASI ALPAQ.

RABI'ATUL ADAWIYAH BINTI RAMLI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUN RAZAK

IIMOS26 | Primary School

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik proses pelupusan Al-Quran di Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak melalui inovasi ALPAQ. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah rakaman video, temubual dan soal selidik yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 7 orang ahli Panitia Pendidikan Islam dan 10 orang murid Pengawas Kitar Semula di sekolah ini .Tinjauan awal mendapati helaian yang mempunyai kandungan ayat Al-Quran dan naskhah Al-Quran lama perlu diurus mengikut syariat Islam untuk menjamin persekitaran sekolah yang bersih dan selesa. Data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif berbentuk naratif. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah dapat membantu proses pelupusan Al-Quran lama dan lambakan helaian yang mengandungi ayat Al-Quran di sekolah ini serta telah mendapati 10/10 murid sangat faham tentang tatacara pelupusan Al-Quran dengan betul apabila proses tersebut dilihat secara langsung.