AIN NURQALISYA BINTI MARZUKI SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG
Amalan kitar semula di kalangan masyarakat khususnya pelajar sekolah masih lagi di tahap yang rendah . Justeru itu, penghasilan projek inovasi yang menyokong program kitar semula perlu dilaksanakan bukan sahaja untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif tetapi dalam masa yang sama dapat menjaga kelestarian alam sekitar. Selain daripada itu,terdapat banyak sampah sarap disekitar kawasan sekolah seperti kertas terpakai, surat khabar lama, daun kering, rumput kering dan ranting kayu. Ini menyebabkan berlakunya tempat pembiakan nyamuk. Hal ini menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes dan peningkatan kadar kes demam denggi di kalangan pelajar sekolah. Tambahan pula, daerah Senawang mempunyai kes demam denggi yang tertinggi di Negeri Sembilan. Justeru itu penghasilan produk MLT-serai wangi adalah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.