KHAIRUL IDZWAN BIN ALIMUDDIN SMK Kalabakan
Abstrak
“Algebra Board” merupakan sebuah hasil inovasi yang dapat mengubah persepsi dikalangan murid mengenai ungkapan algebra daripada sukar dan mengelirukan kepada mudah dan menyeronokkan. Fokus utama inovasi ini adalah untuk mencari penyelesaian kepada masalah murid yang kurang mahir dalam mempermudahkan suatu ungkapan algebra. Di mana algebra merupakan asas kepada topik-topik yang lain seperti persamaan kuadratik, persamaan garis lurus, statistik dan sebagainya. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 1 Zamrud dan seorang guru SMK Kalabakan, Tawau terlibat dalam permulaan projek ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui penyemakan buku latihan pelajar, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), borang soal selidik dan ujian pra. Hasil daripada tinjauan awal menunjukkan murid kurang mahir dalam mempermudahkan suatu ungkapan algebra dan kurang mahir menggunakan kalkulator sainstifik. Oleh itu, perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan kemahiran menggunakan “Algebra Board”. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid berbanding ujian pra. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan min ujian daripada 40 kepada 70. Hasil penggunaan inovasi ini pelahjar dapat mempermudahkan ungkapan algebra dengan mudah serta dapat meningkatkan kemahiran murid menggunakan kalkulator sainstifik dengan tepat. Secara keseluruhannya, “Algebra Board” telah berjaya meningkatkan pemahaman murid dalam mempermudahkan suatu ungkapan algebra. Dari segi proses pengajaran dan pembelajaran ia berjaya dari segi pembelajaran berpusatkan murid dan murid aktif dalam proses pengajaran serta yakin dengan jawapan yang ditulis. Murid mula berani tampil kehadapan atau berdiri memberi jawapan apabila diajukan soalan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah Algebra Board telah banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan seronok. Saya yakin bahawa “Algebra Board” dapat membantu murid yang lemah dalam asas algebra.
Kata Kunci: Ungkapan Algebra