NURIN ADNI BINTI MOHD NAZIM SEKOLAH KEBANGSAAN SG LIMAU
Inovasi ini menilai keberkesanan Model BILIK SEPADU berasaskan transformasi ruang pembelajaran dalam meningkatkan komunikasi Matematik, penglibatan aktif dan keyakinan 30 murid Tahun 6 di SK Sg Limau. Model ini mengintegrasikan Sudut Hot Seat, Studio Mini Podcast, Ruang ICT dan AI, aktiviti hands-on, stesen kolaborasi serta Maths Galeri. Bilik SEPADU mempunyai aktiviti berstesen, pembentangan mini, rakaman podcast, kuiz digital, bahan manipulatif dan refleksi kendiri. Data diperoleh melalui pemerhatian, rubrik komunikasi, soal selidik, temu bual dan analisis hasil kerja. Dapatan menunjukkan peningkatan ketara dalam keberanian, penggunaan istilah Matematik, interaksi, pembentangan serta keyakinan murid, mewujudkan ekosistem pembelajaran aktif, komunikatif.