SS604: SMART PARCEL COLLECTION SYSTEM (SPACS)

MUHAMMAD FAIZ SYAHMI BIN AZHARI KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

ABSTRAK 

SMART PARCEL COLLECTION SYSTEM (SPACS) 

Pembelian barangan secara dalam talian dalam kalangan pelajar asrama semakin meningkat, namun pengurusan parcel masih menghadapi pelbagai masalah seperti penyimpanan yang tidak sistematik, kesukaran menjejaki status parcel serta kelewatan dalam proses penyerahan. Oleh itu, Smart Parcel Collection System (SPACS) dibangunkan sebagai sistem berasaskan web bagi membantu pengurusan dan pemantauan parcel yang diterima oleh pelajar di Kolej Vokasional Sepang. Sistem ini membolehkan pihak pentadbir merekod maklumat pelajar, mendaftarkan parcel yang diterima, mengemas kini status pengambilan serta memantau rekod penghantaran dan penerimaan melalui satu platform berpusat. Selain itu, pelajar dapat menyemak maklumat dan status parcel mereka dengan mudah secara dalam talian. SPACS dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP sebagai bahagian backend, MySQL sebagai pangkalan data dan CSS bagi membangunkan antara muka pengguna. Penilaian sistem dijalankan melalui kaedah soal selidik untuk menilai aspek kemudahan penggunaan, kecekapan pengurusan data dan penyampaian maklumat. Hasil penilaian menunjukkan bahawa SPACS berjaya meningkatkan kecekapan pengurusan parcel, mengurangkan kesilapan dalam penyimpanan dan penyerahan, serta memudahkan proses pemantauan dan pengesanan parcel oleh pihak pengurusan asrama dan pelajar.