ELEONORITHA GHARITH STEPHENSON KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Inovasi "Bingo Agogo" merupakan pendekatan gamifikasi matematik bertujuan meningkatkan penguasaan 24 pelajar BAK/CEB Kolej Vokasional Miri dalam topik Persamaan Serentak dan Persamaan Kuadratik yang merangkumi 70% penilaian akhir. Menggunakan kaedah “belajar sambil bermain”, pelajar menyelesaikan pelbagai aras soalan dengan bantuan kalkulator saintifik sebelum menandakan jawapan pada kad bingo. Pengintegrasian Canva AI pada tahun 2026 turut diperkenalkan bagi membolehkan interaksi pembelajaran digital yang lebih dinamik dan mencabar. Impak inovasi ini sangat signifikan dengan lonjakan markah ujian daripada 45% kepada 95.6% bagi kohort 2024. Secara keseluruhannya, Bingo Agogo berjaya meningkatkan minat, membina kemahiran KBAT serta mendukung aspirasi SDG 4: Pendidikan Berkualiti di peringkat Kolej Vokasional