SS373: MODEL HUTAN TROPIKA

KAISYA RASYIQAH BINTI ADI SUSANTO SMK GOMBAK SETIA

IIMOS26 | Secondary School

CR: 0.0862 | 5 Likes | 58 Views | 1 times | LS: 6.4
Like it? | Support them now!

TModel Hutan Hujan Tropika merupakan inovasi bahan bantu mengajar yang dibina menggunakan bahan kitar semula seperti kotak, botol plastik, kertas dan bahan terpakai lain. Inovasi ini bertujuan meningkatkan kefahaman murid terhadap ciri-ciri dan kepentingan hutan hujan tropika melalui pembelajaran secara visual, interaktif dan berpusatkan murid. Penggunaan model ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan serta membantu meningkatkan penglibatan aktif murid di dalam kelas. Di samping itu, inovasi ini menggalakkan amalan kitar semula, mengurangkan sisa pepejal dan memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar. Model ini juga mudah dibina, menjimatkan kos serta sesuai digunakan oleh semua guru.ype Your Abstract Here!