Awwal Imran Bin Aerol Izadz Sekolah Rendah Kebangsaan Agama Miri
Lima murid SK Agama Miri menghasilkan SAVON, sabun cecair daripada minyak masak terpakai bagi mengekang penularan influenza. Inovasi berkos RM0 ini menggunakan konsep kitar semula sepenuhnya; dana bahan dibiayai hasil jualan tin aluminium manakala produk diisi dalam botol plastik terpakai. Melalui proses saponifikasi, keberkesanan SAVON terbukti menerusi ujian pH 9 dan ujian roti yang menunjukkan keupayaan membasmi kuman setanding sabun komersial. Soal selidik mendapati 97% responden mengakui keberkesanannya membersih kotoran. Projek ini bukan sahaja menjamin kebersihan sekolah, malah berjaya memupuk budaya kelestarian alam sekitar secara berterusan