MUHAMMAD SHAMIL BIN SHAHRUL AKMAL SMK SUNGAI LAYAR
Projek ini memperkenalkan CoolFlex Pack iaitu pek sejuk gel boleh guna semula yang dihasilkan menggunakan bahan domestik yang selamat sebagai alternatif kepada pek sejuk komersial. Formula berasaskan sabun cecair atau campuran alkohol basuhan membolehkan gel kekal lembut dan lentur walaupun dibekukan, sekali gus memberikan keselesaan semasa digunakan. Produk ini dihasilkan pada kos yang rendah, mudah disediakan dan berpotensi memberikan pulangan yang tinggi. Sasaran pengguna merangkumi sektor kesihatan, sukan dan logistik makanan. Inovasi ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan melalui amalan penggunaan semula, pengurangan sisa plastik dan peluang keusahawanan. Kesimpulannya, CoolFlex Pack merupakan penyelesaian yang praktikal, ekonomik, selamat dan mesra alam untuk kegunaan harian