NUR AISYAH AMIRA BINTI MOHAMMAD NOOR SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TITINGAN
Eatology merupakan inovasi pembelajaran interaktif bagi subjek Sains Tahun 3 yang memfokuskan topik Kelas Makanan. Inovasi ini menggabungkan kad 3D, video pembelajaran dan kuiz digital bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik, visual dan berpusatkan murid. Penggunaan teknologi ini membantu murid memahami pengelasan makanan dengan lebih mudah serta meningkatkan penglibatan aktif semasa PdP. Keberkesanan inovasi dinilai melalui ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian serta maklum balas murid. Dapatan menunjukkan peningkatan pencapaian akademik, motivasi dan minat murid terhadap pembelajaran Sains. Eatology berpotensi diperluaskan penggunaannya sebagai bahan bantu mengajar digital yang inovatif dan berimpak tinggi.