SS468: MUSLIM LIFE

IRDINA BATRISYIA BINTI RUSSANI KOLEJ VOKASIOANAL BEAUFORT

Muslim Life merupakan permainan inovasi pendidikan digital yang dibangunkan berasaskan konsep pahala dan dosa bagi membantu pelajar memahami serta menghayati amalan kehidupan seorang Muslim secara interaktif. Permainan ini mensimulasikan rutin harian mengikut fasa waktu seperti Subuh, Pagi, Zohor, Petang, Maghrib dan Malam, di mana pemain perlu membuat pilihan terhadap pelbagai situasi seperti menunaikan solat, membaca al-Quran, berzikir, mengeluh, tidur lewat dan meninggalkan solat. Setiap pilihan akan memberikan markah pahala atau dosa yang mempengaruhi skor keseluruhan pemain, sekali gus menunjukkan kesan setiap amalan dalam kehidupan seharian. Dengan mengaplikasikan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Permainan (Game-Based Learning), inovasi ini mampu meningkatkan minat, penglibatan dan kefahaman pelajar terhadap konsep ibadah, akhlak dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, sekali gus menjadikan pembelajaran Pendidikan Islam lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan.