EX394: Rak Maya Digital SKBG

VIVITHRAAH A/P PANNEIR SELVAM SK BUKIT GAMBIR

IIMOS26 | Expert

CR: 0.0000 | 0 Likes | 1 Views | 2 times | LS: 2.0
Like it? | Support them now!

Rak Maya Digital SK Bukit Gambir merupakan satu inovasi pendidikan yang dibangunkan bagi memperkasakan budaya membaca, meningkatkan literasi digital serta menggalakkan penghasilan karya kreatif dalam kalangan murid sekolah rendah. Inovasi ini tercetus daripada beberapa isu utama, iaitu akses terhad kepada bahan bacaan fizikal di Pusat Sumber Sekolah (PSS), kadar pengisian rekod bacaan AINS NILAM yang kurang memberangsangkan serta ketiadaan platform digital yang sistematik untuk menghimpunkan dan menerbitkan hasil karya guru dan murid. Sehubungan itu, sebuah perpustakaan digital dibangunkan menggunakan platform Canva dengan integrasi Canva Code, Google Sheets dan kod QR bagi membolehkan akses kepada bahan bacaan digital pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pelaksanaan projek melibatkan lima orang guru dan 17 kumpulan murid yang menghasilkan buku cerita digital secara kolaboratif sebelum diterbitkan dalam Rak Maya. Projek ini berasaskan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-Based Learning) serta disokong oleh Teori Konstruktivisme dan Teori Pembelajaran Multimedia yang menekankan pembinaan pengetahuan melalui pengalaman dan penggunaan elemen multimedia. Dapatan pelaksanaan menunjukkan peningkatan minat membaca, penggunaan AINS NILAM, literasi digital, kreativiti serta keyakinan diri murid melalui penerbitan karya digital mereka. Selain itu, guru turut meningkatkan kompetensi dalam penggunaan teknologi pendidikan. Kesimpulannya, Projek Rak Maya Digital berpotensi menjadi model transformasi Pusat Sumber Sekolah ke arah ekosistem pembelajaran digital yang lestari, inovatif dan sejajar dengan aspirasi pendidikan abad ke-21 serta agenda pendigitalan pendidikan negara.

Kata kunci: Rak Maya Digital, literasi digital, budaya membaca, Canva, AINS NILAM, inovasi pendidikan.