NURUL AISHA BINTI AHMAD KHAIRUNI KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2
Projek ini adalah pembangunan produk Chips Sireh Salted Egg yang inovatif yang menggabungkan ciri tradisional daun sirih dengan rasa moden telur masin. Objektif utama kajian adalah untuk memperkenalkan produk snek baharu yang bukan sahaja unik malah berpotensi menarik minat pengguna pelbagai lapisan masyarakatProjek ini termasuk kajian bahan mentah, proses pengeluaran dan ujian penerimaan pengguna untuk produk. Bahan utama yang dikaji ialah daun sirih sebagai asas kepada kerepek, digabungkan dengan campuran perisa telur masin yang lazat. Skop kajian juga termasuk analisis tekstur, rasa dan daya tarikan visual produk.Projek ini berjaya menghasilkan Chips Sireh salted Egg yang memenuhi kriteria rasa dan tekstur yang memuaskan. Pencapaian utama termasuk penerimaan positif daripada panel ujian rasa dan potensi komersial produk.
Kelebihan. Produk ini unik, menggabungkan tradisi dan inovasi, serta berpotensi untuk menjadi snek premium dan mengekalkan khasiat utama pada daun sireh tersebut.Inovasi reka bentuk produk ini adalah inovatif kerana ia menggabungkan nilai tradisional daun sirih dengan trend moden telur masin, menjadikannya snek gabungan yang unik. Proses pemprosesan juga dioptimumkan untuk menghasilkan kerepek yang nipis dan rangup dengan rasa seimbang antara sirih dan telur masin. Projek ini diharapkan dapat membuka peluang kepada pasaran tempatan dan antarabangsa, serta menyumbang kepada inovasi dalam industri makanan ringan.