Nur Syafiqa Damia Binti Suhaimi KV DATO' UNDANG HJ MUHAMAD SHARIP
Produk inovasi D’Line Ruler merupakan alat bantu pembelajaran yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam Program Seni Reka Fesyen di Kolej Vokasional. Pembaris ini berfungsi untuk memudahkan proses melukis garisan pemadan semasa mendraf pola pakaian dengan lebih cepat, tepat dan kemas. Ciri utama D’Line Ruler ialah mempunyai empat ukuran asas basi jahitan yang paling kerap digunakan oleh pelajar untuk menghasilkan garisan lurus di dalam kompetensi mendraf pola, iaitu 1 cm, 1.5 cm. 2 cm dan 3 cm. Dengan adanya ukuran tetap ini, pelajar tidak perlu lagi membuat ukuran berulang kali menggunakan pembaris biasa, sekaligus menjimatkan masa dan mengurangkan kesilapan ukuran.
Selain itu, D’Line Ruler direka dengan reka bentuk ergonomik dan mesra pengguna, menjadikannya mudah digunakan sama ada oleh pelajar baharu mahupun berpengalaman. Inovasi ini turut membantu pelajar meningkatkan kecekapan dan produktiviti semasa sesi amali mendraf pola. Dari sudut pedagogi, D’Line Ruler dapat mempertingkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep asas ukuran dan basi jahitan, seterusnya menyokong proses pembelajaran berasaskan kemahiran secara lebih efektif. Secara keseluruhannya, D’Line Ruler merupakan satu inovasi yang praktikal, efisien dan relevan dalam membantu pelajar menghasilkan pola pakaian dengan tepat dan cepat.