PS642: E-JEJAK MALAYSIA

ALLEYCIA FLORENDCEE HANA ANAK ERNIKA SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA PENYARAI

Penguasaan murid terhadap topik langkah-langkah pembentukan Malaysia didapati rendah kerana kandungan yang berasaskan kronologi dianggap sukar diingati serta kurang menarik melalui kaedah pengajaran konvensional. Justeru, inovasi E-Jejak Malaysia dibangunkan sebagai platform pembelajaran digital yang menggabungkan nota interaktif, video, lagu, permainan digital dan latihan kendiri dalam satu aplikasi mesra pengguna. Inovasi ini meningkatkan penglibatan aktif murid melalui pendekatan didik hibur dan pembelajaran kendiri. Hasil pelaksanaan terhadap 20 orang murid Tahun 6 menunjukkan peratus penguasaan meningkat daripada 45% dalam ujian pra kepada 90% dalam ujian pasca, iaitu peningkatan sebanyak 45 mata peratus. Dapatan ini membuktikan E-Jejak Malaysia berkesan meningkatkan kefahaman, motivasi dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah.