SHIVANYA A/P RAJENDRA RAO SJKT SUNGKAI
Inovasi ini menghasilkan kertas semula jadi daripada serutan pensel, kertas terpakai, tisu terpakai, hampas tebu dan sekam padi menggunakan gel bendi sebagai pelekat semula jadi. Projek ini bertujuan mengurangkan sisa pepejal di bilik darjah serta menggalakkan amalan 3R. Murid mengumpul bahan buangan, menyediakan pulpa, membentuk kepingan kertas dan mengeringkannya. Hasil kajian menunjukkan kertas yang dihasilkan mesra alam, berkualiti dan sesuai digunakan untuk kad ucapan, penanda buku, kertas seni serta pembungkusan hadiah. Inovasi ini meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar, memupuk kreativiti, pemikiran kritis dan keusahawanan, serta berpotensi dikembangkan untuk kegunaan pendidikan dan kraftangan.