MUHAMMAD ISKANDAR BIN MOHD HAFIZAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT
Projek ini memperkenalkan Penggosok Pintar, sebuah peralatan pembersihan rumah inovatif yang direka untuk meningkatkan efisiensi dan automasi dalam pengurusan domestik. Alat kompak dan ringan ini dilengkapi dengan motor, gear taji, penderia (sensor) inframerah, serta bekas sabun cecair terbina dalam pemegangnya. Span pada penggosok ini akan berputar secara automatik apabila penderia mengesan halangan selepas suis dihidupkan, manakala sabun cecair boleh dikeluarkan dengan mudah melalui tekanan pemicu pada pemegang. Objektif utama inovasi ini adalah untuk menghasilkan alat pencuci serba guna yang ergonomik, murah, serta mampu menjimatkan masa dan tenaga manusia ketika membersihkan pelbagai objek seperti kasut, pinggan mangkuk, permukaan meja, dan cermin tingkap. Selain itu, projek ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan PBB (SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) dengan mengurangkan keletihan fizikal dan lenguh tangan pengguna, sekali gus menyumbang kepada persekitaran hidup yang lebih bersih dan sihat.
Kata Kunci: Penggosok Pintar, Penderia Inframerah, Automasi Pembersihan, Ergonomik, SDG 3.