TE278: DualTier FertigaLift

DANIAL HAIQAL BIN NORWAHISHAM KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) CHENOR PAHANG

Inovasi dalam sistem fertigasi merupakan keperluan mendesak bagi meningkatkan kecekapan penggunaan air, baja, dan ruang pertanian. Projek ini memperkenalkan DualTier FertigaLift iaitu sistem fertigasi gantung dua tingkat yang menggabungkan tanaman labu (cucurbita moscata) di bahagian atas dan terung (Solanum melongena)  di bahagian bawah. Konsep ini menekankan kecekapan ruang, penjimatan air baja, nilai estetika, serta kepelbagaian hasil melalui integrasi tanaman berbeza dalam satu sistem. Kajian menunjukkan bahawa sistem ini mampu menjimatkan penggunaan air baja, meningkatkan variasi tanaman, serta menambah nilai estetika landskap pertanian moden. Kawasan inovasi ini boleh menjadikan satu daya tarikan hebat untuk warga luar kerana nilai estetikanya dan belum pernah dibuat oleh mana-mana petani dan peladang luar.