DALILA AISYAH BINTI MOHD RABUAN SK SERI JAYA
Smart EcoGas 2.0: AI Powered Food Waste-To-Energy System merupakan inovasi yang menukarkan sisa makanan kepada biogas dan baja organik melalui proses penghadaman anaerob. Projek ini dibangunkan bagi mengurangkan sisa makanan, pelepasan gas metana serta kebergantungan kepada bahan api fosil. Keunikan Inovasi ini ialah pengintergrasian AI dan IoT untuk pemantauan masa nyata, ramalan penghasilan biogas serta analisis prestasi sistem. Selain menyokong Pembelajaran STEM, Projek ini menggalakkan amalan ekonomi kitaran dengan menukarkan sisa kepada sumber bernilai. Projek ini menyumbang kepada SDG 7,11,12 dan 13 melalui penghasilan tenaga bersih, pengurusan sisa yang mampan, pengurangan pelepasan karbon dan tindakan terhadap perubahan iklim.