EX284: P.SiAM

Richard A/l Ignacy INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

IIMOS26 | Expert

CR: 0.2500 | 1 Likes | 4 Views | 2 times | LS: 3.3
Like it? | Support them now!

Masalah penguasaan murid sekolah rendah dalam proses membina ayat tunggal masih lagi berterusan. Dalam konteks ini, kecenderungan murid menulis ayat yang kurang gramatis serta kekeliruan dalam menyusun struktur ayat yang betul terus menjadi kebimbangan para guru. Sejajar dengan itu, modul ini mengetengahkan proses penulisan ayat tunggal dengan menggunakan Teknik P.SiAM. Teknik ini mudah diaplikasikan melalui kaedah akronim yang dijelaskan langkah demi langkah. Proses pembentukan ayat sewajarnya dimula dengan penanda wacana yang sesuai, diikuti dengan subjek yang mewakili pelaku atau kata nama (am, khas, atau kata ganti nama diri). Selain itu, murid juga dibimbing untuk mengenal pasti kata kerja yang bersesuaian berdasarkan gambar rangsangan yang diberikan. Proses pembinaan ayat ini menuntut setiap murid menguasai kemahiran bahasa melalui pembacaan yang luas, sekali gus berupaya mengaplikasikan ilmu tersebut dalam penulisan. Impaknya, P.SiAM ini bukan sahaja dapat membantu murid sekolah rendah yang menghadapi kesukaran membina ayat, malah boleh dijadikan sebagai panduan rujukan pedagogi terbeza buat para guru.