AKSHAYA A/P PRASATH SJK(T) ST. TERESA'S CONVENT, TAIPING
Murid Tahun 5 sering menghadapi kesukaran memahami kronologi peristiwa kemerdekaan serta kurang berminat terhadap pembelajaran Sejarah yang berasaskan buku teks. Bagi mengatasi isu ini, SMART-HISTORY 360 dibangunkan dengan menggabungkan diorama sejarah dan teknologi Augmented Reality (AR). Melalui imbasan menggunakan peranti pintar, murid dapat mengakses kandungan interaktif seperti video, audio, model 3D dan latihan digital. Inovasi ini meningkatkan kefahaman, minat dan penguasaan murid terhadap Detik Kemerdekaan, sekali gus menjadikan pembelajaran Sejarah lebih menarik, interaktif dan bermakna.