TE279: BuduNUTin_Guard

MUHAMMAD DHAIFAN IHTISHAMUDDIN BIN MANSOR Kolej Vokasional (pertanian) Chenor

IIMOS26 | Tertiary

CR: 0.1053 | 2 Likes | 19 Views | 4 times | LS: 6.2
Like it? | Support them now!

BuduNUTin Guard adalah spray organik foliar yang menggunakan bahan semula jadi seperti budu ekor, daun tin, daun limau purut, molasses, EM, neem oil, dan lemon (asid sitrik) untuk meningkatkan pertumbuhan tanaman, membekalkan nutrien, dan bertindak sebagai penghalang serangga. Penggunaan bahan semula jadi ini selaras dengan konsep pertanian organik dan amalan lestari (Smith et al., 2020; Tan et al., 2021). Budu ekor, yang terkenal sebagai makanan tradisi di Kelantan, ternyata mengandungi nitrogen, protein, dan mineral penting yang bermanfaat untuk pertumbuhan tanaman. 

Daun tin (Ficus carica) pula kaya dengan mineral, vitamin, dan sebatian bioaktif yang merangsang pembentukan pucuk dan meningkatkan ketahanan tanaman (Kumar et al., 2018).  Selain itu, bahan tambahan seperti molasses dan EM (Effective Microorganisms) meningkatkan aktiviti mikroba bermanfaat dalam larutan spray, memperbaiki penyerapan nutrien dan kestabilan foliar spray (Lee et al., 2021). Neem oil juga memberikan perlindungan tambahan terhadap perosak, manakala lemon / asid sitrik membantu pengawetan larutan secara semula jadi, membolehkan penyimpanan lebih lama.

Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan BuduTin Guard, sebuah foliar spray organik ready-to-use yang lengkap dari segi nutrien, bioaktif, dan fungsi repel serangga, sesuai untuk penggunaan  pertanian organik.