MOHAMMAD RIDHWAN BIN ZAHARI SK GAS SANDAKAN
Pencemaran laut akibat sisa pepejal merupakan ancaman kritikal kepada ekosistem marin. Sebagai langkah proaktif, inovasi ini dibangunkan bukan sahaja sebagai alat penahan sampah yang mesra alam dan kos efektif, malah ia direka dengan konsep mudah replikasi. Inovasi ini membolehkan masyarakat awam untuk menghasilkan dan memasang alat ini sendiri, sekali gus melatih komuniti untuk memikul tanggungjawab dalam memelihara perairan setempat. Melalui pendekatan ini, inovasi ini secara langsung menyokong aspirasi Matlamat Pembangunan Mapan (SDG), khususnya dalam memulihara khazanah laut dan menggalakkan penyertaan komuniti ke arah kelestarian alam jangka panjang.