SS690: IRON SEPARATION

NOR SAFIKA BINTI NUR FAUKI SMK GOMBAK SETIA

Projek inovasi "Iron Separation" merupakan sebuah kit model interaktif 3D yang direka khas untuk mengatasi kesukaran murid dalam memvisualisasikan fasa abstrak pengasingan besi di dalam relau bagas bagi subjek Sains Tingkatan 3. Inovasi ini menggabungkan elemen visual tiga dimensi dan aktiviti hands-on untuk mengubah pembelajaran daripada teori pasif kepada pengalaman konkrit yang lebih menarik. Impaknya, kit kompak ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman dan minat murid dalam bidang STEM untuk skor peperiksaan, malah berpotensi tinggi komersial sebagai alat bantu mengajar (ABM) mampu milik di sekolah-sekolah.