SS232: SOS PAPAYA THAI

NUR HANAN SUFIA BINTI MOHD HARRYZAN KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

Buah betik atau papaya merupakan spesis tumbuhan dalam genius Carica. Tumbuhan ini berasal dari negara Mexico Selatan dan ianya ditanam di negara beriklim tropika. Buah betik kaya dengan serat, mineral, fiber vitamin A, E dan C. Inovasi sos papaya thai  ini bertujuan untuk mengembangkan sos papaya thai yang dibangunkan untuk dikomersialkan di pasaran. Penerimaan sos papaya thai sangat memberansangkan dari segi rupa, warna, kosistensi, potensi, aroma dan pembungkusan mencapai skor tertinggi (4.30) ke atas menandakan kepuasan pengguna. Dari aspek rasa, dan harga kedua- duanya juga mendapat sambutan yang agak baik iaitu (4.28). Diharap produk ini dapat meningkatkan kesedaran lebih ramai masyarkat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.