MUHAMMAD AFHAM BIN ZULKIFLI ASMAWI SMK GOMBAK SETIA
Projek inovasi daripada lima orang pelajar kelas 3 Mutiara, SMK Gombak Setia ini direka untuk membantu murid sekolah menengah memahami subjek Geografi dan Sains dengan lebih mudah. Model 3D interaktif ini menggabungkan pelbagai saliran bentuk muka bumi seperti tanah tinggi, tanah pamah dan pinggir laut. dalam satu model menggunakan bahan seperti kotak, polisterine, dan kinetic sand. Inovasi ini memaparkan visual aliran air dari kawasan tanah tinggi ke laut secara realistik. Inovasi model ini juga memaparkan pokok-pokok yang berada di dalam hutan dan pinggir laut Impaknya, projek ini berjaya meningkatkan kefahaman pelajar, dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik, serta dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam semula jadi.