NUR LIYANA NAZIHAH BINTI FIRDAUS SM SAINS KEPALA BATAS
Peningkatan penggunaan tenaga global serta kebergantungan terhadap bahan api fosil telah mendorong keperluan kepada sumber tenaga alternatif yang lestari. ZENTIX merupakan inovasi kasut pintar berasaskan teknologi piezoelektrik yang berupaya menukarkan tenaga kinetik daripada langkah kaki kepada tenaga elektrik mikro. Projek ini dibangunkan menggunakan Engineering Design Process (EDP) yang melibatkan proses mengenal pasti masalah, menjana idea, mereka bentuk, membina prototaip, menguji serta menambah baik sistem. Hasil kajian menunjukkan voltan yang dijana meningkat daripada 0.8 V kepada 4.0 V apabila tempoh berjalan meningkat daripada 2 minit kepada 12 minit, sekali gus membuktikan bahawa pergerakan manusia berpotensi dimanfaatkan sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui. ZENTIX berpotensi diaplikasikan sebagai teknologi boleh pakai (wearable technology), sumber kuasa kecemasan dan sistem Internet Benda (IoT) berkuasa rendah. Inovasi ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 7, SDG 9, SDG 11 dan SDG 13 melalui pembangunan teknologi hijau yang inovatif, lestari dan mesra alam.