HANA SAFIYA BINTI MOHD AKASHAH SMKA SHEIKH HJ MOHD SAID
Penciptaan inovasi Sleep Tight merupakan satu usaha untuk membantu ibu bapa mengatasi masalah kesukaran memantau keselesaan bayi terutamanya ketika bayi mengalami kepanasan dan gangguan tidur. Keadaan suhu persekitaran yang tidak sesuai sering menyebabkan bayi berasa tidak selesa, mudah terjaga serta sukar untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Hal ini turut meningkatkan kebimbangan ibu bapa kerana pemantauan bayi perlu dilakukan secara berterusan, terutama ketika pada waktu malam. Oleh itu, inovasi Sleep Tight dibangunkan sebagai satu penyelesaian praktikal yang menggabungkan fungsi pemantauan keselesaan bayi dengan konsep penggunaan yang mudah dan kos yang sederhana. Inovasi ini direka bagi membantu ibu bapa mengenal pasti keadaan bayi dengan lebih cepat melalui penggunaan kipas dan mp3 bagi keselesaan persekitaran ketika dan semasa waktu tidur, sekali gus mewujudkan suasana tidur yang lebih selamat dan kondusif. Dengan reka bentuk yang mesra pengguna serta penggunaan bahan dan komponen yang berpatutan, Sleep Tight mampu menjadi alternatif inovatif kepada ibu bapa dalam memastikan bayi mendapat rehat yang mencukupi tanpa memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Penciptaan inovasi ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti penjagaan bayi serta memberikan ketenangan kepada ibu bapa dalam mengurus keperluan tidur anak mereka.