SS452: GUARD-X : Sistem Pemantauan Disiplin Murid

MUHAMMAD ADAM HAZIM BIN ZAHARUL FIKRI SMK PUSING

GUARD-X

Sistem Pemantauan Disiplin Murid

 

Muhammad Adam Hazim Bin Zaharul Fikri

Ahmad Naufal Harith Bin Ahmad Shahrir

Aril Amsyar Bin W Ramzi

Nur Rumaizah binti Mohammad Zalkornain

Sekolah Menengah Kebangsaan Pusing, Batu Gajah

 

Abstrak

 

Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting dalam memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selamat di sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang sering dihadapi oleh pihak sekolah berkaitan pemantauan pergerakan murid di luar kelas. Antara masalah utama yang dikenal pasti ialah murid keluar dari kelas dalam tempoh yang lama tanpa pemantauan yang sistematik. Keadaan ini menyukarkan guru untuk mengetahui lokasi sebenar murid semasa waktu pembelajaran berlangsung. Selain itu, kawasan seperti tandas dan lokasi yang kurang mendapat perhatian sering menjadi tempat berlakunya aktiviti tidak sihat seperti merokok dan vaping. Sehubungan itu, projek inovasi ini dilaksanakan untuk mengatasi masalah murid keluar kelas tanpa kebenaran guru di kawasan sekolah semakin membimbangkan pihak sekolah. Sistem pemantauan secara konvensional menyukarkan guru untuk memantau pergerakan murid secara berkesan. Oleh itu, projek SmartPass dicipta sebagai sistem pemantauan disiplin sekolah berasaskan Internet of Things (IoT) untuk memantau pergerakan murid ketika berada di luar kelas. Sistem ini menggunakan Smart Pass RFID, Portable Teacher Dock dan Checkpoint Tandas bagi merekod pergerakan murid keluar kelas serta mengesan aktiviti mencurigakan ketika berada di luar kelas. Maklumat yang direkod akan dihantar kepada guru disiplin dan pihak pentadbir melalui sistem notifikasi automatik. Sistem ini akan diletakkan di kawasan-kawasan tertentu seperti tandas yang menjadi kawasan panas berisiko ponteng. Projek ini diharapkan dapat membantu meningkatkan disiplin murid, mengurangkan risiko aktiviti ponteng dan mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat. Selain itu, sistem ini direka dengan kos yang rendah agar sesuai digunakan oleh semua sekolah di Malaysia.