SS374: GEODINA ( JELAJAH ILMU GEOGRAFI)

NUR ALIA SYAZREEN BINTI MOHD NOOR SMK GOMBAK SETIA

IIMOS26 | Secondary School

CR: 0.2273 | 5 Likes | 22 Views | 2 times | LS: 8.1
Like it? | Support them now!

GEODINA (Jelajah Ilmu Geografi) ialah permainan papan berasaskan gamifikasi yang dibangunkan untuk meningkatkan minat dan penguasaan murid dalam mata pelajaran Geografi. Projek ini dihasilkan kerana ramai murid sukar mengingati fakta dan kurang berminat mengulang kaji. GEODINA mengandungi papan permainan, kad cabaran, kad ekspedisi, kad bencana, Eco Coins, dadu dan bidak yang berasaskan kandungan Geografi KSSM. Murid menjawab soalan serta menyelesaikan cabaran berkaitan topik Geografi secara berkumpulan. Pendekatan ini membantu meningkatkan pemahaman, daya ingatan, kerjasama dan penglibatan aktif murid. GEODINA sesuai digunakan di sekolah, pusat tuisyen dan di rumah sebagai bahan ulang kaji yang menarik, interaktif serta berkesan.