NUR QURRATU AINI BINTI MOHAMAD SOBRI KOLEJ VOKASIONAL DATO UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP
Produk loose powder digunakan bagi kursus perkhidmatan solekan siang dan malam. Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kulit sering berhadapan dengan risiko produk yang berasaskan kimia. Objektif produk ini untuk membantu menyelesaikan masalah kulit muka dan meminimakan kos. Pandaura Glow menggunakan tepung beras, daun pandan dan kaolin clay. Kajian melalui pH kit mendapati hasil ujian yang diperolehi bahan-bahan yang digunakan terbukti tidak mengakibatkan iritasi. Teknologi machine heating magnetic stirrer & hot plate dalam pembuatan Pandaura Glow juga menghasilkan produk yang berkualiti dan mampu bersaing dipasaran kerana produk ini dibawah naugan cap dagangan (trademark) yang telah mendapat kelulusan MYIPO dan berdaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia.