SAIFUL ISLAM BIN MOHAMMAD NOR SM AGAMA KOTA TINGGI
Senario pembelajaran kini menunjukkan para murid lebih cenderung kepada pembelajaran kendiri, akses bahan secarakendiri dan dengan kadar kendiri. Sehubungan itu, pembangunan aplikasi pembelajaran berasaskan teknologi realiti terimbuh (augmented reality – AR) melalui pendekatan pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan yang diberi nama E-Pelan Dongakan dihasilkan. Objektif utama inovasi ini adalah untuk meningkatkan penguasaan menjawab soalan Pelan dan Dongakan dengan melukis pandangan pelan, dongakan sisi dan dongakan hadapan dengan tepat melalui aplikasi AR Plan Elevation. Tinjauan awal dilaksanakan dengan menggunakan instrumen ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat melukis pandangan pelan, dongakan sisi dan dongakan hadapan dengan tepat. Murid tidak dapat melukis garisan yang tersembunyi dan juga membiarkan sahaja jawapan tidak berjawab dan menyalin semula soalan yang diberi.