SS598: PAPER PATTERN TUBE

NUR IZZAH BINTI HASIM KOLEJ VOKASIONAL DATO' UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP

Paper Pattern Tube (PPT) merupakan alat yang digunakan untuk menyimpan kepingan kertas pola seperti kertas perang dan kertas surih dan alatan yang digunakan untuk mendraf seperti pembaris lurus, pembaris sesiku L, pembaris melengkung dan alat tulis.  Sasaran kajian ini dijalankan kepada pelajar SVM Semester 1 SRF 2026. Kerja mendraf pola merupakan kompetensi penting sebelum proses menjahit pakaian.  Pelajar mengalami kesukaran untuk menyimpan kertas pola kerana saiznya yang panjang menyebabkan kertas pola menjadi renyuk. Selain itu, pelajar juga mempunyai kesukaran untuk membawa peralatan mendraf pola. PPT ini dihasilkan mengikut saiz kertas pola yang memudahkan penyimpanan kertas pola daripada rosak. PPT ini juga terdapat bahagian yang boleh menyimpan alatan mendraf. Hal ini dapat memudahkan pelajar untuk membawa peralatan yang akan digunakan semasa kelas mendraf pola. Instrumen kajian ini menggunakan kaedah borang soal selidik untuk menilai persepsi responden. Melalui PPT ini dapat menjimatkan masa pelajar untuk membuat pesediaan mendraf pola kerana kertas pola tidak berkedut dan menghasilkan lakaran pola yang lebih terang dan berkualaiti. Selain itu, markah kompetensi untuk mendraf pola juga semakin meningkat kerana hasil kepingan pola lebih jelas berkualiti untuk dinilai oleh pentaksir. Penambahbaikan yang dapat dilaksanakan pada inovasi ini ialah menggunakan material yang lebih ringan untuk menghasilkan PPT. Secara keseluruhanya, produk inovasi ini sangat membantu pelajar meghasilkan kepingan pola yang berkualiti dengan bantuan alat untuk menyimpan kepingan pola. Oleh itu penjagaan kertas pola amatlah penting bagi mengelakkan kertas pola menjadi koyak atau renyuk.