SS227: SPM SURVIVOR: ADDMATH QUEST

MUHAMMAD RAFIUDDIN BIN MOHD RASHIDAN SMK GOMBAK SETIA

IIMOS26 | Secondary School

CR: 0.1389 | 5 Likes | 36 Views | 2 times | LS: 7.7
Like it? | Support them now!

Matematik Tambahan sering dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar oleh murid sekolah menengah kerana melibatkan konsep abstrak, pelbagai formula dan kemahiran penyelesaian masalah yang tinggi. Berdasarkan pemerhatian guru dan analisis peperiksaan, ramai murid kurang berminat, kurang aktif semasa PdP dan tidak konsisten melakukan latihan pengukuhan, sekali gus menjejaskan pencapaian akademik mereka.

Bagi mengatasi masalah ini, inovasi SPM SURVIVOR: ADDMATH QUEST dibangunkan sebagai satu pendekatan pembelajaran berasaskan permainan yang menggabungkan elemen board game dan STEM. Inovasi ini menggunakan papan permainan, kad cabaran dan soalan Matematik Tambahan serta disokong oleh penggunaan QR Code dan bahan digital bagi mewujudkan pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

Inovasi ini bertujuan meningkatkan minat, penglibatan aktif dan penguasaan murid dalam Matematik Tambahan serta mengukuhkan kemahiran penyelesaian masalah. Pelaksanaannya menunjukkan impak positif terhadap motivasi dan keyakinan murid, di samping menjadikan PdP lebih menarik dan berpusatkan murid. Selain itu, inovasi ini berpotensi dikembangkan kepada semua topik Matematik Tambahan KSSM dan menjadi medium pembelajaran alternatif yang berkesan dalam menyokong pelaksanaan pendidikan STEM di sekolah.