SS535: FORMULASI CECAIR PENGHALAU NYAMUK BERASASKAN SISA KULIT PETAI

NIK JAMILAA DAMIA RIZQI BINTI NIK MOHD FAIZA SMK DATO' AHMAD MAHER

Kajian ini dilakukan untuk membuktikan keberkesanan kulit petai dalam membunuh nyamuk penyebab denggi dan menyembuhkan gigitan serangga. Methodologi: Sebanyak 50 gram kulit petai telah dikeringkan dan dihancurkan menjadi serbuk. Serbuk tersebut kemudian direndam dalam 2 bekas iaitu bekas 250 mililiter etanol 70% dan bekas 250 ml etanol 95% selama 72 jam. Selepas itu, kulit petai yang direndam etanol 70% dan 95% diasingkan kepada 2 bekas lagi. Bekas pertama dibiarkan sahaja manakala bekas kedua dibuat penyulingan. Keempat-empat bekas ekstrak kulit petai diuji dengan memasukkannya ke dalam alat pembasmi nyamuk elektrik dan diletakkan di dalam kotak yang mengandungi beberapa ekor nyamuk selama 24 jam. Keputusan dan Perbincangan: Selepas 24 jam, didapati bahawa ekstrak kulit petai yang direndam dalam etanol 95% dan disulingkan adalah yang paling berkesan untuk membunuh nyamuk. Keberkesanan ini adalah daripada kandungan flavonoid, saponin dan sebatian fenolik dalam kulit petai, seperti yang dinyatakan dalam pelbagai kajian sebelum ini. Kesimpulan: Kulit petai boleh digunakan untuk membasmi nyamuk yang mujarab dan boleh menggantikan ubat nyamuk yang ada dipasaran.