RAHUL A/L MUNNIANDY SJKT AIR KUNING SELATAN
LUNA TRACKER ialah inovasi pembelajaran yang dibangunkan untuk mengatasi masalah penguasaan murid terhadap topik Fasa Bulan dalam mata pelajaran Sains. Inovasi ini berasaskan Teori Konstruktivisme dan Teori Behaviorisme bagi menyokong pembelajaran aktif serta berpusatkan murid. LUNA TRACKER membantu murid memahami konsep fasa bulan dan meningkatkan kemahiran menaakul selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Keberkesanannya dinilai menggunakan reka bentuk kajian pra-eksperimen melalui ujian pra dan ujian pasca. Analisis data menunjukkan peningkatan pencapaian murid selepas intervensi. Dapatan ini membuktikan bahawa LUNA TRACKER berkesan meningkatkan kefahaman topik Fasa Bulan dan berpotensi sebagai bahan bantu mengajar yang inovatif serta efektif.