PS479: SHOOLPOLY STEM : KIT PERMAINAN INTERAKTIF DENGAN TEKNOLOGI RFID

MARYAM AR RANIYYAH BINTI ZAMILAM SEKOLAH KEBANGSAAN AIR PUTIH

Schoolpoly STEM ialah kit pembelajaran interaktif yang menggabungkan permainan papan, teknologi Radio Frequency Identification (RFID) dan pengaturcaraan Scratch bagi meningkatkan literasi kewangan serta kemahiran STEM murid sekolah rendah. Inovasi ini dibangunkan menggunakan Model ADDIE dengan mengintegrasikan papan permainan, kad RFID, pembaca RFID dan aplikasi Scratch untuk memaparkan soalan serta merekod transaksi secara automatik. Hasil analisis menunjukkan lebih 90% responden bersetuju bahawa kit ini meningkatkan penglibatan, motivasi dan pemahaman murid terhadap konsep kewangan. Schoolpoly STEM mudah digunakan, fleksibel merentas mata pelajaran dan berpotensi tinggi dikomersialkan sebagai bahan bantu mengajar di sekolah serta kegunaan di rumah.